Saturday, 20 August 2011

> Fakta Tentang CollaMix 7000


Collamix 7000 adalah produk pemakanan tambahan berfungsi untuk meningkatkan kecantikan unggul dan mencapai tahap kesihatan optima. Rumusan utama Collamix 7000 ialah mengandungi Komponen Total Formulasi Inovatif (KTFI) yang dipatenkan bagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan. KTFI mengandungi tiga komponen utama iaitu kolagen terhidrolisis dari ikan air tawar, kandungan antioksidan tinggi dari ekstrak Maqui Berry dan Acai Berry serta probitik dan prebiotik. Ia juga diperkaya dengan Vitamin C. Di samping beberapa khasiat tambahan yang diperolehi dari Grape Seed, Gereen Tea , Inulin dan Arginine.

Pengambilan hidangan minuman Collamix 7000 secara konsisten dapat membantu tingkatkan kecantikan unggul dan tahap kesihatan optima. Secara umumnya, Collamix 7000 dapat membantu merangsangkan pembentukan kolagen dan metabolism., membantu menggalakkan pembaharuan kulit dan mengurangkan pengecutan otot., membantu menyelenggarakan kesihatan kulit dan mukus membran., membantu memperbaiki keserian dan lembapan kulit., membantu mengurangkan penampilan kedutan dan lingkaran hitam di sekeliling mata., membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit dan memulihkan akne., membantu meneutralkan radikal bebas., membantu menyahtoksik kulit., membantu melindungi kulit daripada radiasi ultraungu., membantu mencegah penyakit dan jangkitan kulit., membantu menyumbang kepada kesihatan menyeluruh pada tulang, gusi, rambut dan kuku serta membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
         
Kandungan :-
Rumusan Komponen Total Formulasi Inovatif (KTFI) yang mengandungi kolagen terhidrolisis ikan air tawar, ekstrak Maqui Berry, ekstrak Acai Berry, Probiotik & Prebiotik dan diperkaya Vitamin C. Khasiat tambahan lain iaitu Grape Seed, Green Tea, Inulin dan Arginine.

Berat Bersih : 650g Per Tin

Cara Pengambilan : 20g x 1 Kali Per Hari @ 10g x 2 Kali Per Hari
                    
Fakta Tentang Kandungan Collamix 7000
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi,  dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,  jantung serta sistem limfatik.

Maqui Berry mengandungi komponen anti-oksidan tinggi berbanding buahan berry lain, di mana ia mempunyai kadar aktiviti anti-oksidan sebanyak 27,6000. Tahap aktiviti anti-oksida dalam makanan atau supplemen akan diukur oleh mata ORACnya. Semakin tinggi mata ORAC, semakin kuatlah aktiviti anti-oksidanya.

Anti-oksidan adalah komponen aktif meneutralkan radikal bebas, sebatian-sebatian yang dihasilkan oleh metabolisme dan pendedahan kepada toksin dan sinaran yang membahayakan. Kerosakan radikal menyebabkan perubahan yang berlaku disebabkan oleh peningkatan usia. Ia juga akan menyebabkan keradangan, kardiovaskular dan merosakkan sistem saraf, fungsi pengimunan, serta perubahan sel-sel kanser.

Selain mengandungi antioksida yang tinggi, Acai Berry juga mengandungi kandungan serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus, di samping mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang baik untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Selain itu, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah, jadi ia tidak merbahayakan pesakit kencing manis.     
     
Hasil kajian mendapati ada beberapa manfaat probiotik dalam tubuh. Pertama adalah mencegah kanser iaitu dengan menghilangkan bahan pro karsinogen dari tubuh dan mengaktifkan sistem kekebalan tubuh. Kedua, dapat menghasilkan bahan aktif anti tumor. Ketiga, memproduksi berbagai vitamin yang mudah diserap ke dalam tubuh. Keempat, kemampuannya memproduksi asid laktat dan asid asetat di usus dapat menghalang pembiakan bakteri E coli dan Clostridium perfringens yang menjadi penyebab radang usus, di samping menghalang patogen lainnya serta mengurangi penyerapan amonia dan amina. Kelima, Streptococcus thermophilus menunjukkan aktivitas anti tumor dan menghasilkan Superoxide Dismutase yang berfungsi sebagai antioksidan.
     
Tahukah Anda Dari Mana Sumber Kolagen Dalam Suplemen Yang Ada Di Pasaran ?

1) Daripada bovine (lembu) – diternak secara tertutup contohnya di Australia dan New Zealand.
2) Daripada babi (porcine origin)
3) Daripada haiwan laut – contohnya ikan dan gamat
4) Daripada tumbuhan – contohnya kacang soya
5) Daripada Yak – produk dari China
6) Daripada manusia – plasenta, janin yang digugurkan dan ada cerita dari banduan yang ditembak mati!

Perbezaan Kolagen Terhidrolisis Dalam Rumusan Collamix 7000

1) Kolagen terhidrolisis diproses dari sumber ikan air tawar spesis tilapia hitam (Oreochromis mossambicus) yang diternak secara organik dan bebas dari sebarang kesan pencemaran bahan kimia yang boleh merosakkan kualiti kolagen sintesis yang dihasilkan serta mendatang kesan mudharat kepada kesihatan tubuh apabila ia dimakan.
2) Kolagen terhidrolisis ini dijamin halal, bersih dan suci.
3) Kolagen terhidrolisis dihasilkan dalam bentuk ‘granular’ yang lebih halus dan ringgan serta mudah larut dalam air.
4) Kolagen terhidrolisi adalah dari Gred 1, berwarna putih dan tidak berminyak.
5) Kolagen terhidrolisis yang telah dinyahbau dan rasa hanyir ikan supaya ia mudah diminum oleh pengguna.
6) Saiz molekul lebih kecil dan ringgan iaitu kurang 1000 dalton berbanding kolagen sumber mamalia bersaiz 300,000-400,000 dalton.
7) Ia mudah dan cepat dihadam oleh usus kecil sehingga 99 %. Selepas dihadamkan, ia diserap dengan cepat oleh tubuh dan membentuk semula kolagen yang diperlukan bahagian-bahagian badan seperti tisu sendi, tulang, dermis kulit, saluran darah dan sebagainya.
8) Kolagen terhidrolisis tersebut diimpot terus dari kilang Reborn Biotech Co.Ltd. di Hubei R.P China yang mendapat persijilan halal serta bertaraf GMP dan HACCP dan memiliki ISO 22000 / ISO 9002.
9) Ar Raihan International (M) Sdn.Bhd. telah diberi hak eksklusif oleh Reborn Biotech Co.Ltd. sebagai pengimpot tunggal kolagen terhidrolisis di Malaysia.
10) Jepun, Korea Selatan, UAE, Eropah dan USA merupakan negara pengimpot terbesar kolagen terhidrolisis keluaran kilang Reborn Biotech Co.Ltd.
11) Kolagen terhidrolisis juga sesuai diamalkan sebagai makanan kesihatan untuk mengatasi masalah osteoarthritis, osteoporosis, arteriosclerosis.

Fakta Tentang Kolagen Sintesis

1) Ramai pengguna tidak tahu bahawa kolagen sintesis yang terdapat dipasaran diperolehi dari pelbagai sumber.
2) Kolagen sintesis paling popular ialah dari sumber mamalia (khinzir, lembu, keldai dan ayam). Di mana kolagen mamalia sangat digemari oleh pengusaha untuk menghasilkan produk kecantikan yang disediakan dalam bentuk makanan tambahan maupun kosmetik sejak puluhan tahun lalu.
3) Di samping itu, kolagen dari sumber sayuran dan bijirin (kacang soya dan jagung) juga banyak terdapat dipasaran. Ia boleh dibeli dengan harga lebih rendah. Namun penggunaan kolagen kacang soya adalah lebih kepada meningkat energi kepada tubuh dan jagung pula untuk hati.
4) Hasil penyelidikan terkini mendapati kolagen juga boleh diperolehi sumber ikan (air tawar dan air masin). Di mana bahagian sisik, kulit dan tulang ikan diproses menghasilkan kolagen sintesis.
5) Kualiti dan khasiat kolagen adalah berbeza mengikut jenis masing-masing.
6) Kajian saintifik mendapati pengambilan kolagen terhidrolisis melalui kaedah minuman ataupun makanan akan memberi kesan lebih baik kepada tubuh berbanding pengambilan kolagen secara kosmetik. Ini kerana berlaku proses penyerapan yang lebih mudah dan cepat oleh usus kecil memandangkan saiz molekulnya lebih kecil dan ringgan yang membawa kepada sintesis kolagen yang baik di dalam tubuh.