Kolagen banyak dikaitkan dengan bahan ramuan yang berkaitan kesihatan dan kecantikan.
Apa itu kolagen?
Kolagen adalah sejenis fiber protin dimana terdapat banyak pada badan haiwan, dan ia merupakan elemen utama dermis dan tisu penghubung.
Sesetengah kolagen yang digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik diekstrak (dihasilkan) daripada tulang dan kulit haiwan. Kebanyakan kolagen dipasaran hari ini dihasilkan daripada haiwan seperti lembu dan khinzir.
Pengguna juga kini ada pilihan untuk memilih kolagen yang diperbuat daripada sumber marin dan tumbuhan contohnya dari ikan tilapia dan lobak merah yang lebih diyakini status halalnya.
Kolagen banyak digunakan tujuan produk makanan kesihatan, kosmetik dan perubatan. Sebagai pengguna kita harus berhati-hati dalam menggunakan produk berasaskan kolagen ini. Penentuan sumber haruslah menjadi keutamaan iaitu jika dari khinzir ia jelas haram, manakala dari sumber lembu atau bovine mestilah dipastikan disembelih mengikut hukum syarak.
Cara yang mudah dan selamat sebagai pengguna adalah memilih produk yang mengandungi kolagen pastikan kaedah pembuatannya dan proses penghasilan dan sumbernya menepati kehendak syarak.
Oleh kerana kandungan kolagen bagi produk CollaMix 7000 HubeiLine adalah dari sumber ikan air tawar (Talapia Hitam), maka ianya mematuhi kehendak syarak HALAL dari segi sumbernya. Oleh yang demikian, para pengguna tak perlu bimbang dari segi pemakanannya.